• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, October 14, 2011

Mulakan langkah pertama

Tulisan ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang demi mengajak diri serta pembaca agar muhasabah diri . Sama samalah kita melihat kembali keadaan kita. Mempersoalkan kepada jiwa kita, apakah kita telah bergerak dan berusaha bersungguh sungguh menjadi hambaNya yang sebenar? Ramai yang memberikan alasan bahwa sukar melalui kehidupan sebagai seorang hamba yang sebenar. Namun apakah kita hanya ingin menjadi pemberi alasan, bukannya pemberi jawapan? Maka dengan ini, aku menyeru. Geraklah!

Bermulalah kita dengan sedikit demi sedikit.

                Kalau kita perokok tegar yang ketagih menghabiskan 2 kotak rokok sehari. Kita mulakan dengan mengurangkan bilangan batang rokok kita. Buatlah target bulanan. Sebulan tinggalkan dua batang, dan seterusnya.

                Kalau kita orang yang selama ini tidak solat fardhu, atau sering melewat-lewatkannya, maka mulalah kita merancang untuk memperbaikinya. Buat target bulanan. Bulan ini nak selesaikan solat yang mana dahulu. Kemudian begitulah seterusnya.

                Kalau kita selama ini sukar hendak membaca Al-Quran. Kadangkala sebulan tak sentuh Al-Quran. Maka marilah kita buat target. Sebulan ini nak baca satu muka surat sehari. Bulan depan tambah satu muka surat lagi. Dan begitulah seterusnya.

                Begitulah wahai saudara-saudari yang saya kasihi, berdikit-dikitlah dalam mengubah diri. Janganlah menganggap Islam itu berat. Sesungguhnya Islam itu ringan. Bahkan Allah itu kasih sayangNya luas. 

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum
melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

 

                
                Persoalannya, adakah kita telah mula bergerak menuju rahmat Allah yang luas itu? Atau kita sekadar berpeluk tubuh, alpa dan lalai, leka, dan akhirnya membiarkan diri kita kekal binasa? Allah telah memberikan peluang dengan memberikan kita umur untuk bermuhasabah. Marilah sama-sama kita melihat kembali kehidupan ini.

Bermulalah kita mengubah diri.
Marilah kita menjadi sebenar benar hamba! 
Semoga diri ini terus berada dalam rahmat Allah SWT.


.

0 comments:

Post a Comment