• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, July 14, 2012

Kaku dan Beku

Aku tidak bisa menulis! Sejak kebelakangan ini fikiran aku bersimpang siur menyebabkan tangan gagal menterjemahkannya. Aku cuba menulis tetapi segala isinya berkecamuk. Baru seperenggan, aku kebingungan. Terhenti seketika, sambung balik, sangkut semula. . Banyak yang terbuku di hati, tetapi semuanya beku, sulit dituliskan. Ini merupakan suatu penyeksaan seolah olah ada sesuatu yg menambat hati dan fikiran terus menulis. Terkadang terfikir juga sudahlah terbuku dihati, menahan siksa , mahu luahkan tetapi siapa yang nak mendengar? Aku cuba memberitahu kepada diriku cukuplah Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Dekat menjadi pendampingku.

Friday, June 22, 2012

Those who desire paradise

Its give me great joy and honor to share something with you about the hereafter, which is wasn't for the place that Allah promise us. Or maybe, none of us live in hope but only live in fear, fear from hellfire. A muslim live not only in fear but a live between hope and fear. We living with hope, hope that Allah give us mercy and we enter that everlasting dwelling in Jannah or paradise. And we fear Allah from doing sin because we remember hellfire and we ask Allah save us from hellfire. And muslim lives of hope and fear. Brother and sister, I have question for you, what do you wish for? what do you desire? what are you anticipate to reach? what it is that you yearn for, what is it ?

Monday, June 18, 2012

Ulama dan Politik

Aku hayati setiap kata, aku menyusur baris demi baris , lembaran demi lembaran,. Penat perjalanan mereka seolah olah aku rasai. Kehausan ilmu itu turut juga aku dahagai. Mungkin aku tidaklah sehebat mereka yang mampu mencapai taraf ulama pada awal usia muda. Tetapi terasa juga persamaan mereka dan diriku, mungkin kerana kami penuntut ilmu yang sentiasa mencari kebenaran. Ulama merupakan pewaris para anbiya. Perkara yg diwariskan itu bukanlah dinar ataupun dirham ataupun harta yang melimpah tetapi ia merupakan warisan ilmu. Anak murid mereka datang dari seluruh pelusuk dunia datang berkumpul dan menuntut ilmu .  Murid mereka hari demi hari meningkat, pengaruh mereka tidak boleh disangkal lagi, pengaruh didalam masyarakat menyebabkan mereka menjadi perhatian para pemerintah.

Thursday, May 24, 2012

Aku bukanlah seorang lelaki yg hebat

Aku bukanlah seorang lelaki yang hebat.
Hebat dari segi ilmunya, hebat dari segi amalnya, hebat dari segi agamanya, hebat dari segi perjuangan dan hebat segala-galanya. Kerana aku sedar apabila merasakan diri kita cukup hebat mulalah kita meletakkan diri pada satu kedudukan yang tinggi padahal hakikatnya kita sedang diuji oleh Allah swt . Populariti dan kesenangan dunia mengaburi diri dalam niat murni kita dalam mendidik ummah.

Sunday, May 13, 2012

Felda dulu dan kini - Aku dulu dan kini

Felda sejak dari penubuhannya hingga lah ke hari ini bermacam bantuan, program, saham serta skim2 yang dianjurkan. Berbanding dengan penduduk di tempat lain sememangnya Felda adalah anak emas bagi kerajaan. Ini mungkin kerana golongan majoriti Felda adalah Melayu yang pada asalnya adalah golongan yang tidak berkemampuan . Kerajaan membaiki taraf hidup mereka dengan diberi sebidang tanah serta ditugaskan mengusahakannya tanah tersebut. Dan bercerita pula mengenai aku. Bermulanya aku adalah seorang pemuda yang lahir dari bumi Felda. Berkubang, memancing, melastik, bermain, bekerja, itulah norma norma kehidupan kami sebagai anak2 Felda. Setelah 16 tahun lamanya aku tinggal di Felda, aku mula merantau dinegeri orang mencari pengalaman.

Monday, April 30, 2012

Because I Care

Sunday, April 29, 2012

Aku dan Bersih 3.0

Sekali lagi aku merempuhkan diri ke medan perjuangan ini demi untuk keadilan rakyat Malaysia. Namun tetap ada yang terus menerus menghina, mencaci dan menolak prinsip kami sebagai pemuda yang cintakan negara ini. Kami tidak minta supaya perjuangan kami dihargai tetapi cukup hanya sekadar memahami apa yang berlaku. Refleksi ini bukanlah satu jawapan kepada semua persoalan tetapi ianya adalah suatu perkongsian yang merungkai sedikit persoalan. Walau perkongsian aku ini tidaklah seberapa hebat tetapi ia lebih baik daripada mereka yang berkata lebih tetapi pada hakikatnya tidak mahu berbuat apa apa.

Friday, March 9, 2012

Aku, buku dan cinta

Bingkisan kali ini tiada kene mengena dengan post lelaki jiwang tetapi ia lebih kepada luahan rasa hati. Yang mana Aku mula jatuh cinta dengan buku . Aku bukanlah lahir dari keluarga alim ulama' dan bukan pula dari keluarga wali wali Allah. Aku cuma seorang lelaki biasa yang datang dari keluarga yang biasa. Mungkin fitrah manusia itu mengajar aku rasa ingin tahu yang kuat dan menimbulkan rasa cinta terhadap bahan bacaan semakin mendalam dalam jiwaku. Mungkin tidak mampu menjadi ulama' tapi cukup bagiku sekurang kurangnya mengikut jejak mereka.

Wednesday, February 29, 2012

Musafir mengajarku erti kehidupan

Diawal usia 20 tahun ini, siapa boleh menyangkal yang aku ini belum puas menghayati hidup sebagai seorang remaja. Berbagai cara, berbagai kaedah aku cuba selami namun ternyata cara hidup islam lebih aku sukai daripada cara hidup hedonism. Kerna disitu terletaknya hidayah serta taufik pemberian Allah SWT. Bermula kehidupan aku dari kampung seterusnya melangkah ke bandar memberi suatu fenomena baru buat aku tentang hakikat dunia sebenar. Bermacam juga perkara yang boleh aku perhatikan sepanjang perjalanan ini. Di kala mata melihat keindahan alam ciptaan Allah, mulut dan hati bertasbih memuji kebesaranNya.

Thursday, February 9, 2012

Ceteknya ilmu hambaMu ini

Terasa lama sudah aku meninggalkan teratak maya ini. Mungkin kerana diri ini "malu", yakni malu terhadap diri sendiri kerna merasakan ilmu didada ini sudah cukup, cukup untuk mengharungi gelombang2 ujian yang mana ia datang dengan bertubi tubi dan kian besar dari yang sebelumnya. Aku sebenarnya telah tersilap , dan ini menyebabkan aku tenggelam ditengah perjalanan ini. Namun aku cuba baiki diri dengan ilmu hari demi hari, demi menandingi cubaan yang mendatang. Bingkisan muhasabah kali ini hendak menyelusuri mengenai pengorbanan. Pengorbanan masa, harta, dan dunia demi mencapai satu tujuan yang bermakna iaitu ilmu. Ilmu yang mana mendorong kita lebih dekat kepada Ilahi. Ia merupakan sesuatu yang dicari oleh para pahlawan, pencinta kejayaan dan pengagum karya. Menuntunya adalah suatu ibadah, mengajarkannya adalah suatu sedekah dan mencarinya adalah suatu perjuangan.

Friday, January 13, 2012

Dorongan

Post kali ini hendak memahami makna kehendak. Yakni berkehendak kepada akhirat atau berkehendak kepada dunia, berkehendak kepada Allah atau berkehendak kepada diri dan nafsu. Bahawasanya sesiapa yang ingin menuju kepada Allah, sangat memerlukan kepada langkah pertama ini iaitu "pendorong". Pendorong yang membangkitkan kesungguhan dalam hati orang mu'min untuk menuju kepada Allah. Apakah faktor yang menjadikan orang yang taat ini mentaati dan yang lain pula malas kelalaian? Apakah yang mendorong manusia bangun dari kenikmatan tidur ketika mendengar laungan azan "solat itu lebih baik dari tidur"? Lantas dia menyahut seruan azan dan meninggalkan kenikmatan tidurnya. Apakah yang mendorong dia untuk melakukan perkara sedemikian?

Tuesday, January 3, 2012

Medan Amal: realiti atau maya?

Alam maya telah menjadi platform yang penting terutamanaya Facebook dan blog bagi menyampaikan informasi terkini di zaman teknologi tanpa batasan. Ini juga merupakan salah satu jalan yang mana dakwah Islam terus berkembang. Melihat cara penyampai dakwah ini merupakan sesuatu yang berbeza dengan dakwah pada zaman Rasullulah yang mana terpaksa bergerak mengerahkan tenaga, masa serta kesabaran dalam menyampaikan dakwah ini. Cabaran yang mereka hadapi bukan sahaja dicemuh, dimaki malah diancam nyawa mereka. Berbanding dengan kita, hanya mampu copy paste ataupun menulis satu dua ayat lalu mengepost dan merasakan sudah cukup nilai dakwah yang perlu disampaikan.

Monday, December 5, 2011

Post JKM reflection

Ini merupakan reflection yang ketiga setelah dua assignment reflection mengenai posting ini. Tetap jua aku gagahi diri ini menulis demi untuk merempuhi proses memperbaiki diri. Aku sedar diri ini memerlukan motivasi yang berterusan agar rasa semangat mujahadah ini tidak luput dimamah masa. . Posting ketiga aku, JKM (jabatan kesihatan masyarakat) telah memberikan pengalaman yang unik untuk aku. Walau begitu cepat masa berlalu namun banyak peristiwa yang mengajar aku mengenai erti kehidupan terutamanya dalam soal uhkwah dan tanggungjawab.

Ujian Ilahi

Kali ini aku membuat kajian mengenai kesihatan penduduk kampung batu 23 sungai nibung. Aku ditugaskan bersama rakan di kawasan PPRT( Program Pembangunan Rakyat Termiskin) untuk menemuduga mengenai kesihatan mereka. Bermacam cerita aku dengari daripada mereka dan bermacam ragam juga orang yang aku jumpa. Dan dapat disimpulkan bahwa mereka kebanyakan berada dalam kesusahan. Aku cuba meletakkan diri aku di dalam kedudukan mereka sekarang. Adakah dapat aku hadapi kesusahan yang mereka harungi saat ini?

Monday, November 21, 2011

Priority Hidup

Sering juga ditanya mengenai keutamaan dalam hidup ini, sering juga jawapannya berubah-ubah dan sering juga diri ni baru hendak mencari apa yang hendakkan jita letakkan pada kedudukan utama. Mungkin dalam diri ini terlalu banyak keinginan yang mungkin megatasi keutamaan dalam hidup ini. Tujuan manakah perlu aku utamakan? Masa-masa lapang ku diisi dengan mengisi ruang yang perlu untuk membezakan keinginan dan keutamaan.

Monday, November 7, 2011

Mujahadah satu pengorbanan

Ternyata di hari raya Aidiladha ini aku belajar sesuatu iaitu soal pengorbanan. Muzakarah bersama saudara Haris memberi kesan sedikit sebanyak kepada diriku ini. Pengorbanan merupakan satu cara kita dalam menaikkkan iman didalam diri kita. Iman merupakan kekuatan kita dalam melakukan ibadah. Ibadah yang berkualiti, ibadah yang berterusan datang daripada iman. Ibadah tanpa iman membuatkan kita cepat rasa bosan dan seteruskan menjadikan seseorang yang bosan terhadap agama. Oleh dengan itu, aku mengajak diri agar meneruskan apa jua bentuk pengorbanan dalam diri ini agar iman serta ibadahku terus meningkat.

Sunday, November 6, 2011

Semerdu kalammu ya Ilahi memberi ketenangan dihati

Walau dunia ini penuh dengan noda noda hitam
Yang bertempiaran disana sini
Namun tetap aku cuba mewarnai hidupku ini
Dengan kemerduan kalam Mu ya Ilahi

Friday, October 14, 2011

Mulakan langkah pertama

Tulisan ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang demi mengajak diri serta pembaca agar muhasabah diri . Sama samalah kita melihat kembali keadaan kita. Mempersoalkan kepada jiwa kita, apakah kita telah bergerak dan berusaha bersungguh sungguh menjadi hambaNya yang sebenar? Ramai yang memberikan alasan bahwa sukar melalui kehidupan sebagai seorang hamba yang sebenar. Namun apakah kita hanya ingin menjadi pemberi alasan, bukannya pemberi jawapan? Maka dengan ini, aku menyeru. Geraklah!

Sunday, October 9, 2011

Laluinya bukan takutinya

Saat yg mendebarkan utk kita kerana exam semakin hampir. Melihat teman temanku giat mengulangkaji pelajaran, mengusung buku ke sana ke mari. Yang lebih ekstrem, sanggup tidak tidur hanya utk mengulangkaji pelajaran. Kalau dilihat, perkara ini sudah menjadi kebiasaan buat pelajar medik. Namun, disebalik kebiasaan ini aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kita belajar gila2 untuk lulus cemerlang tapi lepas sahaja exam, buku ke mana, ulangkaji pun tidak. Menunjukkan ketakutan kita hanyalah kepada exam .

Friday, September 30, 2011

Post ong reflection

Selesai sudah posting OnG dan sedikit sebanyak membuka ruang sebenar mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar klinikal. Bukan setakat banyak ilmu pengetahuan yang aku perolehi malah banyak pengalaman yang aku perolehi semasa posting ini. Namun dalam kesibukan mengejar hal dunia, masa ibadahku semakin berkurang. Aku juga seperti saudara-saudaraku yang sering di uji. Dan akhirnya semua ini hampir melumpuhkan pengurusan masa aku buat 2 bulan ini. Pelbagai alasan boleh diberi, tetapi secara terus terang inilah kelemahan aku yang aku sedang bermujahadah memperbaikinya. Sikap istiqamah yang sering tergugat apabila diuji dengan sesuatu yang diluar kebiasaan kerja, tugasan dan rutin sebagai seorang mahasiswa.Kita akan diuji dengan apa yang kita sering tulis dan katakan. Itulah bukti Allah mengigatkan kita semasa kita mengigatkan orang lain. Walaupun kadang kadang kerana itu aku takut untuk menulis, tetapi aku gagahi untuk menempuh proses memperbaiki diri.