Mengapa aku perlu takut pada exam? Sudah berapa banyakkah exam yang telah aku hadapi sejak kecik lagi? Tidakkah belajar sesuatu itu adalah pengalaman aku? Mengapakah aku masih lagi gentar dan takut tatkala peperiksaan bakal tiba sedangkan aku telah melalui peperiksaan berkali –kali? Aku sepatutnya bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih matang dan tenang.
Ingatlah kawan, rahsia kejayaan bukannya dengan banyaknya membaca,kerapnya berbincang dan kuatnya ingatan. Tetapi kejayaan sebenar datang apabila kita meletak 100% keyakinan kepada Allah kerna DIALAH pemilik ilmu itu. Inikah ke msulim sejati y katanya nak majukan islam dengan akademik y mantap tapi hubungan dengan Allah tak jaga? ini kah generasi yang akan menaikkan nama islam kerana kecerdikannya?
Sedarkah bahwa takut itu hanya akan memusnahkan diri sahaja. Takut sehingga menzalimi diri sendiri. Ukuran kepandaian seseorang itu adalah berdasarkan ingatnya dia pada mati dan persiapannya utk itu. Janganlah perasan pandai jika anda mampu mengingati segala formula dan nota2 medic yang melambak itu tapi tanpa sedikit pun mengingati mati yang hanya mempunya 4 huruf sahaja. M A T I.
.
0 comments:
Post a Comment