Seawal 8 pagi aku pergi menuju ke destinasi iaitu ke masjid jamek. Semangat makin berkobar pabila mendengar orang sudah mengerumuni dataran merdeka sejak malam tadi.
Sampai2 polis da ramai. Berlori lori banyaknyer. Aduai, baru pukul 8 , sarap dulu la brader. Nanti kang x de tenage nk maen kejor2 ngan aku. hahaha
Aku lepak2 jap melihat keadaan sekeliling
Tanpa aku sedar, orang ramai mula mengerumuni jalan Tun Perak depan Masjid Jamek nieh. Jam baru menunjukkan pkul 10.30 pagi. Aku apelagi, ronda2 la, kowt2 jumpe bende best
Crowd semakin ramai dan da ade group yg da start berarak. Jam menunjukkan 11.30 pagi
Aku pown maleh nk lepak2 lagi. Aku join la crowd. Next destination: DATARAN MERDEKA!!
Uik, da duduk? brader, blom sampai dataran lagi nie. x kan nk duduk dulu. Aku tak puas ati lalu aku pown menyelit dengan hebatnya
12.15 pm : Lalu sampai satu point, aku menoleh kiri kanan, perghh sesak giler!
Patut la sesak, rupenyer polis block jalan. Aku menyelit ke depan lagi, nk tengok ape yg berlaku
Dawai berduri dan pagar besi menjadi halangan. X cukup dengan tuh, tengok dyeorang nyer position fuyooo
Nie 1st line defense
Blakang skit 2nd line defense. Blakang lagi baru FRU. Memang btol nk gi perang nieh
12.30 pm : Aku pown meyarongkan headband BERSIH dan seterosnya join DUDUK dan BANTAH!
" HIDUP! HIDUP! HIDUP RAKYAT!"
" TUMBANG! TUMBANG! KEZALIMAN! "
" HIDUP! HIDUP! HIDUP BERSIH!"
12.45 pm : Reinforcement polis sudah sampai. Dengan trak2 skali masuk ke area dataran
PLEASE, NO PROVIKATOR! LET THEM PASS! THIS IS PEACEFUL ASSEMBLY!
1.45 pm : Akhirnya pimpinan sudah sampai dan mula memberikan ceramah pendek mereka. Antara yang aku jumpe ialah Dr Hatta Ramli, Azmin Ali, Sivarasa, dan ramai lagi ahli2 parlimen pusat.
" KITA SEBENARNYA SUDAH DUDUK DI DATARAN MERDEKA! WALAU BEBERAPA METER JAUH DI DATARAN NAMUN KERANA RAMAINYA RAKYAT MALAYSIA DISINI SESUNGGUHNYA DATARAN SUDAH DI TAWAN OLEH KITA. MERDEKA!!"
2.50 pm : Dan kemuncaknya, Anwar Ibrahim datang bersama Chegu Bard dan Nurul izzah dengan ford ranger mereka.Seterusnya Anwar menyampaikan sedikit kata semangat kepada kami
" DATARAN MERDEKA BUKAN DBKL YANG PUNYA! DATARAN MERDEKA BUKAN BN YANG PUNYA! TETAPI DATARAN MERDEKA RAKYAT YANG PUNYA! "
" HIDUP! HIDUP! HIDUP RAKYAT! "
3.00 pm : Selepas itu FRU terus menggila dan menyembur air kimia terhadap perserta bersih. Chegu Bard menyeru kepada kami " MASUK! MASUK! JANGAN TAKUT!"
Kami terus bergerak ke hadapan, tidak gentar dengan semburan mereka!
Dalam 5 minit berasak asak pergi kehadapan, FRU teros menembak lepas Tear Gas ke arah crowd. Giler! aku pown lari lintang pukang sebab bnyak sangat canister dye tembak.
Silap aku lari arah angin, rase macam nk mati da. Dengan sesak nafas, pedih badan, mate pedih , memang x bley tahan. Tapi yang kesiannye dekat org yg bawak anak dan mak cik2 dekat situ. Aku memang x bley buat ape2 sebab ak pown x bley pikir dgn btol, pikir nk mati jer.
3.20 pm : Fuh! jauh gak aku lari. Aku pown x tau kat mane nieh.
Jalan jalan lagi jumper la Sogo.
3.50 pm :Selepas rehat beberapa ketika, tetibe jer org mula start grouping balik. Aku pown apelagi, join la
4.00 pm : Aku pown gune skill selit2 aku sampai la front line. Nampaknya polis buat benteng manusia kat depan tuh. Fuh!
Kiteorang gerak sedikit demi sedikit ke hadapan pabila polis berundur.
4.15 pm: Ha! Ha! polis sentry versi royal rumble. Ape lagi, FRU pown tembak tear gas la. Aku macam biase r, lari lintang pukang.
4.30 pm: Dalam kemengahan lari dari asap gas tadi, Alhamdullilah ada bantuan sampai dari PBSM. Mereka seramai 3 trak membawa bekalan air mineral dan ia diagihkan kepada peserta. Dapat juga releive badan ngan muka yg ngah pedih sebab tear gas tadi.
Jam menunjukkan 4.50 tetapi tiada tanda demo akan berterusan. Orang ramai juga mula bergerak balik mencari train terdekat. Aku pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Pada masa tu Train2 Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat ditutup atas sebab keselamatan . Terpaksa aku menapak ke stesen titiwangsa.
.
0 comments:
Post a Comment