-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Monday, November 7, 2011
Mujahadah satu pengorbanan
Namun, cakap saja soal pengorbanan. Ia bukan soal mudah, ia bukan boleh ditunaikan hanya melalui lisan, ia bukan boleh dilunaskan hanya dengan tulisan. Ini kerana bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang disukai oleh nafsu akan disukai oleh diri kita. Oleh itu, ilmu yang yang bermanfaat perlu ada. Namun setakat ilmu sahaja belum cukup untuk kita melawan nafsu, kita memerlukan mujahadah. Kita perlu terus bermujahdah dan terus bermujahadah. Ramai yang tahu tapi ramai juga yang tidak mahu. Dan ramai juga yang mahu tetapi tidak mampu.
Ternyata peperangan ini jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Serangan demi serangan semuanya berlaku dalam diri kita. Walaupun tiada kedengaran dentumannya namun hawa nafsu ini mampu mengalahkan diri ini.
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". ( Surah As-Syura: ayat 15)
Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlu teguhkan iman, jagalah lisan dan kawallah tindakan kita. Dan ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk yang mempunyai azam yang tinggi dalam menyesatkan manusia. Hanya mujahadah dan istiqamahlah yang menjadi perisai dan senjata dalam berdepan dengan mereka.
.
0 comments:
Post a Comment