Sering juga ditanya mengenai keutamaan dalam hidup
ini, sering juga jawapannya berubah-ubah dan sering juga diri ni baru hendak mencari apa yang hendakkan jita letakkan pada kedudukan utama.
Mungkin dalam diri ini terlalu banyak keinginan yang mungkin megatasi
keutamaan dalam hidup ini. Tujuan manakah perlu aku utamakan? Masa-masa lapang ku diisi dengan mengisi ruang yang perlu untuk membezakan keinginan dan keutamaan.Aku mula berfikir adakah manusia sudah berubah ataupun memang sudah lumrah manusia melupakan keutamaan hidup mereka. Keutamaaan dalam hidup mereka seolah olah hanya demi menjulang tuntutan hawa nafsu mereka yang sememangnya tidak pernah kering dan habis.Maruah dan harga diri seorang manusia seolah olah sudah terhakis.
Kejernihan langit kehidupan pada hari ini mula pudar dengan warna warna kedustaan, kezaliman, penindasan dan penderitaan. Manusia berlumba lumba dan bermati matian untuk mengejar keindahan, kenikmatan dan keseronokan "palsu" dunia. Sehingga ada yang sanggup memutuskan silaturrahim, membuang ibu bapa dan adik beradik sendir. Mereka mula mengambil jalan mudah demi megejar apa yang mereka citakan.
Kawan-kawan, pastikanlah bahwa kita telah meletakkan keutamaan pada perkara yang akan membantu kita pada hari esok yaini hari akhirat.
Renungkanlah firman Allah s.w.t:
Matlamat dan visi utama kehidupan seorang mukmin yang sejati tidak lain hanyalah untuk mendapatkan rasa kasih dan cinta seta keredhaan Allah SWT.
Usahlah menjadi antara manusia yang gagal merancang akan tetapi berusahalah menjadi seorang Muslim yang bijak memberikan keutamaan dalam kehidupan.TImbanglah kembali keperluan yang lebih utama,
Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai satu keutamaan dalam kehidupan sorang muslim?
Gunakanlah kesempatan masa yang kita ada sekarang ini untuk bermusahabah bagi menilai ketakwaan kita di sisi Allah SWT. Sekiranya bukan hari dan saat ini kesemua hati kita kembali bertaubat. Ambillah kesempatan ini, bagi kita menilai kembali keutamaan hidup kita.
.






0 comments:
Post a Comment