Sesungguhnya mereka lebih layak digelar sebagai orang yang beriman kerna hati mereka sudah diuji dengan ujian dan mengajar mereka erti sabar yang sebenarnya. Iman bukanlah sesuatu yang boleh diungkapkan dengan bibir dan mulut sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang perlu diuji agar dapat diketahui kualiti iman tersebut.
Aku mula berfikir yang setiap daripada kita ini di uji dengan berbagai bagai dugaan. Ada yang diduga denngan kemiskinan. Ada yang diduga dengan penyakit. Ada diduga dengan kehinaaan. Nak dikatakan hidup kita ini tidak akan pernah sunyi daripada ujian dan kesusahan. Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akan tetap ada. Ia adalah adat dan resam hidup.
Tapi kalau "kesusahan" adalah lumrah hidup namun kenapa masih lagi kita berasa benci dan takut kepadanya? Adakah ia sepatutnya sudah sebati dengan diri kita ini yang sudah berulang ulang kali melalui keadaan susah ini? Namun sekarang baru aku sedar yang benci dan takutkan ujian dan kesusahan sebenarnya adalah nafsu. Nafsu tidak suka kepada ujian, lapar, dahaga, kemiskinan, sakit, mujahadah dan banyak lagi. Kita tidak akan dapat lari daripada nafsu kerna ia merupakan sebahagian daripada sifat manusia itu sendiri. Yang kita mampu lakukan ialah bermujahadah melawan nafsu.
Apabila manusia itu ditimpa kesusahan setelah berlaku kenikmatan seolah olah mereka ter"lupa" akan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. Setelah itu mereka berputus asa daripada daripada rahmat Allah dengan meninggalkan segala amal soleh. Tetapi tidak bagi orang yang sabar yaini mereka yang sentiasa menjaga iman mereka demi menuntu keredaanNya.
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku”. sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. Sungguh orang-orang yang sebelum mereka (juga) telah mengatakan itu pula, Maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka usahakan. (QS. Az-Zumar: 49-50)
Semoga tulisan ini menarik diri ini memuhasabah diri balik agar kita menjadi insan yang tidak lupa diri dan seterusnya menyedarkan kita menjadi hamba Allah yang sebenar benarnya. Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian, kesusahan dan penderitaan. Jalan ke neraka pula penuh dengan kesenangan dan nikmat. Justera itu, menempuh dan menjalani ujian dan kesusahan dari Allah menjadi syarat untuk ke syurga.
.
0 comments:
Post a Comment