Mungkin kali ini aku hanya bercerita mengenai ukhuwah kerna sebelum ini aku sudah men'reflect' dalam soal tanggungjawab. Aku memang bukan orang yang terbaik untuk berbicara perihal ukhwah tetapi aku cuma faham satu. Kita adalah ummat terpilih. Kita diberikan hidayah islam. Kita ada saudara. Jika bukan kepada saudara kita, kita mahu sayang... lalu kepada siapa?
Sepanjang menjalani posting ini, satu perkara yang menyedarkan aku mengenai sesuatu perkara yang mana perkara ini merupakan suatu konsep yang penting dalam menjalani hidup bermasyarakat ini. Tanpa disedari hubungan silaturahim diantara aku dan rakan rakan semakin erat, yang mana segala aktiviti dilakukan bersama sama tidak kira secara formal ataupun secara tidak formal. Aktiviti solat berjemaah, makan , makan angin, belajar, survey, perbualan serta aktiviti2 lain ini membuka ruang buat kami untuk menjalinkan hubungan. Sepanjang waktu bersama ini, ingat mengingati sesama lain menjadi kebiasaan kerna sesungguhnya manusia itu sifatnya mudah lupa, walau tahu tapi perlu diingatkan. Oleh itu, setiap daripada kita ini memerlukan sahabat yang baik agar tidak tersimpang dari jalan yang lurus.
Aku cuba nukilkan sebuah puisi buat diri serta sahabat agar kita tidak mudah lupa bahwa tingginya nilai persahabatan itu.. InsyaAllah
Sahabat,
Tak terasa waktu berlalu begitu cepat,
Tak teringat berapa lama kita berkumpul dalam persaudaraan ini.
Kata katamu masih terngiang jelas di mindaku,
Tawa, senyum dan tatapanmu menjadi cermin bagiku,
Agar tetap teguh dalam melangkah di jalan ini,
Mungkin ini adalah cinta
Yang menjadikan diriku yang kini
Yang merasakan hangatnya cinta
Berukhwah atas jalanNya
Sahabat,
Dunia seakan terasa sempit, dada terasa sesak,
Tubuh terasa lemah, langkah semakin berat
Pabila jalan ukhwah ini tersekat,
Semoga warna warni ukhwah ini berterusan
Agar ia menjadi tiket
Menggapai redhaMu ya Rabb
Terima kasih Allah. Aku sangat gembira kerana Kau permudah untuk aku maniskan ukhwah dengan mereka. Semoga hati-hati ini kan terus bertaut kerana ingin berjihad di jalan-Mu ya Allah
.
0 comments:
Post a Comment