Apakah faktor yang membuatkan manusia berfikir setiap hari, cara bagaimana dirinya mampu hampir kepada Allah? Apakah faktor yang membangkitkan semangat manusia itu menjadikan segala kehidupannya mengharap kepada Allah? juga mengiginkan dirinya dekat dengan Allah. Dorongan yang muncul didalam hati manusia dan dirinya bangkit dengan dorongan itu kerana muncul dalam dirinya erti kesungguhan sehingga menjadikan tuan diri ini memiliki kekuatan. Dengan kesungguhan itu dia mampu untuk berdepan dengan dirinya serta memalingkannya dari kesalahan. Apakah pemangkin yang mendorong manusia untuk terus teguh dalam perjalanannya menuju Allah?
Iaitu sesuatu yang Allah campakkan didalam hati manusia, terasa ia didalam hati manusia, terus membuatkan manusia itu bangkit dengan kesungguhan. Perjalanan menuju Allah. Berkeinginan dekat dengan Allah. Adakah kerinduan terasa di hati ini? Ataupun ianya boleh terjadi dengan sebab yang lain iaitu terkesan dengan orang lain yang berada di sekelilingnya iaitu duduk bersama dengan mereka yang soleh? Ataupun adakah ianya boleh berlaku dengan tanpa sebab?
Tidaklah kita solat sehari dua kemudian bosan lalu meniggalkannya. Tidaklah kita datang kepada jalan ini dengan hati yang bersih serta melawan hawa nafsu hanya seminggu dua atau sebulan dua sahaja kemudian kita tinggalkan dan kembali kepada asal tanpa kesungguhan lagi. Kita mencari kesungguhan agar kita mampu solat di malam hari, tetapi tidak mendapatinya.. Hilangnya semangat itu, dorongan itu kemana hilangnya?
Memang ada dikalangan manusia yang mendapat dorongan itu dengan tanpa sebab. Jadi bolehkah kita beranggapan yang kita hanya perlu tunggu dan rahmat daripada Allah akan datang kepada kita?
Seperti juga mencari rezeki, kita perlulah membuat melakukan sesuatu pekerjaan barulah rezeki itu datang kepada kita. Kerana ini adalah jalan untuk mendapat rezeki, Allah menyuruh kita mencarinya dengan usaha serta bertawakal kepada Allah. "Mencari dan Tawakal" . Begitu juga hidayah, datangnya juga adalah bersebab
Adapun ketakutan itu seseorang ini sangat menginginkan sepotong kek, sedangkan dirinya ada penyakit diabetes, memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya dia mengambil kek itu, terus ditinggalkannya. Sebab apakah menyebabkan dia meninggalkan apa yang dia inginkan tadi? kerana ketakutan. Untuk itu, benda sebegini ada didalam al-Quran kenapa banyak al-quran menceritakan tentang api neraka, azabnya. Apakah keperluan terhadap penceritaan ini semua? Tujuannya adalah kerana kita tersangat memerlukannya.
TAKUTLAH KITA TERHADAP AZAB ALLAH
.
0 comments:
Post a Comment