Mungkin perlu muhasabah diri balik mengapa aku menulis pada awalnya dan begitu "taksub" untuk menulis? Aku tergerak untuk menulis kerana tulisan itu mampu merawat luka luka hatiku. Tulisan juga mampu menghiburkan hatiku, tulisan juga mapu memberikan harapan bahawa Allah sentiasa menerima kita. Justeru, prinsip utama menjadi seorang penulis itu hati mereka haruslah terus terikat dengan Allah agar penulisannya itu mengandungi jiwa, perasaan dan ruh kerana Allah. Ditambah pula dengan nilai bahasa melayu yg tinggi menyebabkan jiwa ini senang dilunakkan.
Oleh itu aku selalu menyeru kepada diri aku agar diri selalu memperbaharui iman supaya aku dapat menulis dengan jiwa, perasaan dan ruh kerana Allah. Aku tidak mahu mempunyai jari jemari yang pandai berkata tetapi hati jiwanya bisu, pandanganya hebat meneroka pelbagai isu tetapi dirinnya sendiri terkurung lesu dan tulisannya memancarkan cahaya pembimbing tetapi nuraninya sendiri kelam gelita!
"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al-Mulk: 1-2)
Semoga penulisan aku ini menjadi wasilah/alat untuk memperbaiki diri secara khusunya dan dakwah secara umumnya tanpa meninggalkan tuntutan2 lain dan seterusnya menjadi saham yang tinggi diakhirat kelak . Gunakanlah sebaik-baiknya teknologi yang telah dikurniakan oleh Allah SWT ini. Ya Allah, berilah petunjuk untuk hamba-Mu yang lemah ini berbuat sesuatu untuk agamaMu.
0 comments:
Post a Comment