-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Monday, June 18, 2012
Ulama dan Politik
Proses untuk mendapatkan ilmu pada zaman mereka bukanlah suatu proses yang mudah. Mereka terpaksa berjalan beratus kilometer, bekerja untuk menampung kehidupan. Bagi mereka, menuntut ilmu itu memerlukan komitmen dan risiko yang besar . Berbanding pada zaman kini, masakan kitab pun malas dibaca inikan perlu mengembara untuk menuntut ilmu. Semua hanya mengharap dunia maya yang penuh dengan kelalaian. Jurang ilmu penuntut ilmu zaman mereka dan kita terlalu jauh. Mungkin kerana keberkatan ilmu itu sendiri, keberkatan para penuntut ilmu bukan sahaja datang daripada hati ikhlas mereka saja tapi ia datang dengan usaha yang bersungguh sungguh. Hanya berharap hati yang ikhlas tanpa usaha seperti janji tanpa kata.
Setelah mentelaah kitab sirah ulama2 ahlu sunnah ini, dapat dikonklusikan bahawa ulama sebenarnya tidak boleh terlepas dari pengaruh politik. Ini kerana peranan dan pengaruhnya yang sangat besar didalam masyarakat mendidik masyarakat sekeliling. Namun dalam hidup bermasyarakat, pasti timbul hasad dengki dikalangan mereka mungkin kerana berbeza fahaman dan pendapat. Golongan ekstrimis pada zaman mereka terutamanya muktazilah sering menimbulkan kekecohan dan perdebatan dengan ulama ini. Mereka juga berjaya mempengaruhi pemerintah pada zaman itu sehinggakan timbul segala macam konspirasi yang menyebabkan ulama2 ini terpaksa berdepan dengan "orang2" politik.
Dalam soal menegur pemerintah ini, Ulama2 ahlu sunnah mempunyai ijtihad tersendiri. Untuk berbicara secara detailnya mungkin ruangan post ini terlalu "sempit" untuk membicarakan soal itu. Tetapi kesimpulannya, mereka tidak pernah menegur secara terang terangan terhadap pemerintahan walaupun kezaliman berleluasa. Ini kerana peneguran secara terang terangan atau dikhalayak ramai ini akan menyebabkan timbulnya fitnah di dalam masyarakat. Contohnya seperti imam Ahmad Hambal. Hanya berkata benar pabila ditanya tentang dan menolak perlantikan kerana menganggap tidak layak dan takut dijadikan patung politik pada masa itu. Imam malik pula berijtihad bahwa perlu menasihati pemimpin dengan lembut kerana beranggap bahawa boleh menimbulkan fitnah jika berkata dikhalayak orang ramai.
Tugas ulama adalah memerhati corak pemerintahan dan menegur serta memberi nasihat jika terdapat kepincangan dalam kepimpinan dan pentadbiran. Ulama sepatutnya menumpukan perhatian terhadap aspek kerohanian masyarakat Islam terutamanya apabila maksiat berleluasa dalam negara. Sikap terlalu ghairah berpolitik boleh menyebabkan ulama kurang menumpukan perhatian kepada latihan kerohanian umat Islam. Dalam arena politik ketajaman akal amat diperlukan bagi memantapkan sistem pemerintahan dalam jangka masa panjang. Realiti yang wujud masa kini ialah ahli parti politik hanya memikirkan bagaimana untuk menang tanpa memikirkan risiko atau implikasi terhadap agama dan bangsa dalam jangka masa panjang. Hasilnya parti politik umat Islam terumbang ambing.
0 comments:
Post a Comment