Hebat dari segi ilmunya, hebat dari segi amalnya, hebat dari segi agamanya, hebat dari segi perjuangan dan hebat segala-galanya. Kerana aku sedar apabila merasakan diri kita cukup hebat mulalah kita meletakkan diri pada satu kedudukan yang tinggi padahal hakikatnya kita sedang diuji oleh Allah swt . Populariti dan kesenangan dunia mengaburi diri dalam niat murni kita dalam mendidik ummah.
Aku bukanlah seorang lelaki yang hebat,
Kerana kerap juga aku menitiskan air mata atas dosa2 yang lalu. Terasa diri ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka kerana aku hanya insan kerdil yang kerap melakukan kesilapan dan apabila ingin kembali ke jalanNya. Aku sering diuji dengan dugaan yang aku sendiri tidak mampu hadapi sehingga letih tidak bermaya, tapi tetap jua aku teruskan. Terkadang juga aku "melarikan" diri daripada perjuangan ini, bagaimana mungkin aku dapat membimbing mereka dalam perjuangan nanti?
Aku bukanlah seorang lelaki yang hebat,
Aku hanya mampu mencoretkan bait kata untuk diriku. Catatan tentang cerita yang tak berhujung dan penuh dengan segala likunya. Waktu yang mencatatkan kenangan yang tak mungkin bisa terhapus dan terlupakan. Kerna hidup itu seperti sebuah kisah yang membawa kita ke aliran yang tak bisa kita duga. Catatan yang hanya ditujukan untuk diriku sendiri, tidak kepada siapapun, tiada surat untuk kekasih ataupun surat surat yang lain.
Sebenarnya, adakah rasa resah ini perlu berterusan? Mungkin kita sudah tak terasa bahawa sudah lamanya hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa penghujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Dan menyebabkan kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian.
.
0 comments:
Post a Comment