• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Saturday, July 14, 2012

Kaku dan Beku

Aku tidak bisa menulis! Sejak kebelakangan ini fikiran aku bersimpang siur menyebabkan tangan gagal menterjemahkannya. Aku cuba menulis tetapi segala isinya berkecamuk. Baru seperenggan, aku kebingungan. Terhenti seketika, sambung balik, sangkut semula. . Banyak yang terbuku di hati, tetapi semuanya beku, sulit dituliskan. Ini merupakan suatu penyeksaan seolah olah ada sesuatu yg menambat hati dan fikiran terus menulis. Terkadang terfikir juga sudahlah terbuku dihati, menahan siksa , mahu luahkan tetapi siapa yang nak mendengar? Aku cuba memberitahu kepada diriku cukuplah Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Dekat menjadi pendampingku.

Mungkin perlu muhasabah diri balik mengapa aku menulis pada awalnya dan begitu "taksub" untuk menulis? Aku tergerak untuk menulis kerana tulisan itu mampu merawat luka luka hatiku. Tulisan juga mampu menghiburkan hatiku, tulisan juga mapu memberikan harapan bahawa Allah sentiasa  menerima kita. Justeru, prinsip utama menjadi seorang penulis itu hati mereka haruslah terus terikat dengan Allah agar penulisannya itu mengandungi jiwa, perasaan dan ruh kerana Allah. Ditambah pula dengan nilai bahasa melayu yg tinggi menyebabkan jiwa ini senang dilunakkan.

"Iman pasti lusuh di hati salah seorang dari kamu, sepertimana pakaian itu lusuh. Oleh itu, mintalah Allah memperbaharui iman di hati kamu." (HR At-Thabrani)

Oleh itu aku selalu menyeru kepada diri aku agar diri selalu memperbaharui iman supaya aku dapat menulis dengan jiwa, perasaan dan ruh kerana Allah. Aku tidak mahu mempunyai jari jemari yang pandai berkata tetapi hati jiwanya bisu, pandanganya hebat meneroka pelbagai isu tetapi dirinnya sendiri terkurung lesu dan tulisannya memancarkan cahaya pembimbing tetapi nuraninya sendiri kelam gelita!

"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al-Mulk: 1-2)

Semoga penulisan aku ini menjadi wasilah/alat untuk memperbaiki diri secara khusunya dan dakwah secara umumnya tanpa meninggalkan tuntutan2 lain dan seterusnya  menjadi saham yang tinggi diakhirat kelak . Gunakanlah sebaik-baiknya teknologi yang telah dikurniakan oleh Allah SWT ini. Ya Allah, berilah petunjuk untuk hamba-Mu yang lemah ini berbuat sesuatu untuk agamaMu.

0 comments:

Post a Comment