• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Wednesday, February 29, 2012

Musafir mengajarku erti kehidupan

Diawal usia 20 tahun ini, siapa boleh menyangkal yang aku ini belum puas menghayati hidup sebagai seorang remaja. Berbagai cara, berbagai kaedah aku cuba selami namun ternyata cara hidup islam lebih aku sukai daripada cara hidup hedonism. Kerna disitu terletaknya hidayah serta taufik pemberian Allah SWT. Bermula kehidupan aku dari kampung seterusnya melangkah ke bandar memberi suatu fenomena baru buat aku tentang hakikat dunia sebenar. Bermacam juga perkara yang boleh aku perhatikan sepanjang perjalanan ini. Di kala mata melihat keindahan alam ciptaan Allah, mulut dan hati bertasbih memuji kebesaranNya.

Thursday, February 9, 2012

Ceteknya ilmu hambaMu ini

Terasa lama sudah aku meninggalkan teratak maya ini. Mungkin kerana diri ini "malu", yakni malu terhadap diri sendiri kerna merasakan ilmu didada ini sudah cukup, cukup untuk mengharungi gelombang2 ujian yang mana ia datang dengan bertubi tubi dan kian besar dari yang sebelumnya. Aku sebenarnya telah tersilap , dan ini menyebabkan aku tenggelam ditengah perjalanan ini. Namun aku cuba baiki diri dengan ilmu hari demi hari, demi menandingi cubaan yang mendatang. Bingkisan muhasabah kali ini hendak menyelusuri mengenai pengorbanan. Pengorbanan masa, harta, dan dunia demi mencapai satu tujuan yang bermakna iaitu ilmu. Ilmu yang mana mendorong kita lebih dekat kepada Ilahi. Ia merupakan sesuatu yang dicari oleh para pahlawan, pencinta kejayaan dan pengagum karya. Menuntunya adalah suatu ibadah, mengajarkannya adalah suatu sedekah dan mencarinya adalah suatu perjuangan.

Friday, January 13, 2012

Dorongan

Post kali ini hendak memahami makna kehendak. Yakni berkehendak kepada akhirat atau berkehendak kepada dunia, berkehendak kepada Allah atau berkehendak kepada diri dan nafsu. Bahawasanya sesiapa yang ingin menuju kepada Allah, sangat memerlukan kepada langkah pertama ini iaitu "pendorong". Pendorong yang membangkitkan kesungguhan dalam hati orang mu'min untuk menuju kepada Allah. Apakah faktor yang menjadikan orang yang taat ini mentaati dan yang lain pula malas kelalaian? Apakah yang mendorong manusia bangun dari kenikmatan tidur ketika mendengar laungan azan "solat itu lebih baik dari tidur"? Lantas dia menyahut seruan azan dan meninggalkan kenikmatan tidurnya. Apakah yang mendorong dia untuk melakukan perkara sedemikian?

Tuesday, January 3, 2012

Medan Amal: realiti atau maya?

Alam maya telah menjadi platform yang penting terutamanaya Facebook dan blog bagi menyampaikan informasi terkini di zaman teknologi tanpa batasan. Ini juga merupakan salah satu jalan yang mana dakwah Islam terus berkembang. Melihat cara penyampai dakwah ini merupakan sesuatu yang berbeza dengan dakwah pada zaman Rasullulah yang mana terpaksa bergerak mengerahkan tenaga, masa serta kesabaran dalam menyampaikan dakwah ini. Cabaran yang mereka hadapi bukan sahaja dicemuh, dimaki malah diancam nyawa mereka. Berbanding dengan kita, hanya mampu copy paste ataupun menulis satu dua ayat lalu mengepost dan merasakan sudah cukup nilai dakwah yang perlu disampaikan.

Monday, December 5, 2011

Post JKM reflection

Ini merupakan reflection yang ketiga setelah dua assignment reflection mengenai posting ini. Tetap jua aku gagahi diri ini menulis demi untuk merempuhi proses memperbaiki diri. Aku sedar diri ini memerlukan motivasi yang berterusan agar rasa semangat mujahadah ini tidak luput dimamah masa. . Posting ketiga aku, JKM (jabatan kesihatan masyarakat) telah memberikan pengalaman yang unik untuk aku. Walau begitu cepat masa berlalu namun banyak peristiwa yang mengajar aku mengenai erti kehidupan terutamanya dalam soal uhkwah dan tanggungjawab.

Ujian Ilahi

Kali ini aku membuat kajian mengenai kesihatan penduduk kampung batu 23 sungai nibung. Aku ditugaskan bersama rakan di kawasan PPRT( Program Pembangunan Rakyat Termiskin) untuk menemuduga mengenai kesihatan mereka. Bermacam cerita aku dengari daripada mereka dan bermacam ragam juga orang yang aku jumpa. Dan dapat disimpulkan bahwa mereka kebanyakan berada dalam kesusahan. Aku cuba meletakkan diri aku di dalam kedudukan mereka sekarang. Adakah dapat aku hadapi kesusahan yang mereka harungi saat ini?