Angkatan tentera Islam |
Angkatan tentera Kristian |
Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan "moden" ini. Ketika itu, jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar telah mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri. Tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepda kumpulan Knight Templar yang jarang kita dengar.Kumpulan itu telah menemui harta yang tidak ternilai di bawah masjid Al - Aqsa ketika berada di jurusalem. "Harta" tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik bani israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman merampas semua buku buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Al-Aqsa. Knight Templar telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol simbol dan sihir - sihir Bani Israel.
Knight berbaju putih dan bertanda salib merah = Knight of Templar |
Al-Baqarah ayat 102
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat yaitu Harut dan Marut di negeri Babil
Tetapi Jurusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali. The Knight Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal hal ini, raja- raja Eropah telah mengharamkan The Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup hidup. Tetapi kita diajar di dalam sejarah kononnya mereka di tangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka terselamat. pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason". Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasi menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak- pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua konspirasi jahat mereka, mereka memperkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "mulia" dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan
Sebenarnya banyak lagi yang berlaku selepas itu, mungkin akan diceritakan di dalam post yang lain. Di sini cuma hendak menceritakan tentang kepentingan Perang Salib dan dapat tahu "sequence" apa yang berlaku sebenarnya. Untuk mengetahui cerita selanjutnya tentang sejarah ini tontonlah rancangan "The Arrival".
0 comments:
Post a Comment