-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Thursday, December 16, 2010
Apakah Peranan Kita ?
Sahabat, apakah peranan kita dalam menyelamatkan Palestin? Umat Islam di luar sana sedang menderita. Musuh2 Islam senantiasa merancang dan melancarkan serangan terhadap Islam sehinggalah Islam terhapus di muka bumi ini. Mereka menghina Islam, membunuh para mujahid, menyiksa orang tua, membunuh kanak kanak yang tak berdosa. Dimanakah hilangnya iman kita bila datangnya seruan jihad yang mengajak kita berjuang? Bilakah lagi masanya mereka, saudara-saudara kita dapat hidup dengan aman. Janganlah kita bermimpi Islam menang tanpa adanya pejuang2 yang sanggup mati demi agamanya. Tapi, sanggupkah kita berkorban meninggalkan apa yang kita ada sekarang? Harta , pangkat, pelajaran dan kehidupan selesa kita.
"...mereka (orang-orang kafir) tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup..." (Al-Baqarah: 217)
Fikir-fikirkanlah..tepok dada..tanya iman didada
P/S: "Slot Muhasabah diri sendiri"
0 comments:
Post a Comment