Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)
Gambar2 ini semua diambil dari
Youtube
Melihat gambar-gambar ini membuatkan aku melihat pada diri sendiri. Selama ini aku rase kehidupan aku ini, aku tidak pernah puas dengan apa yang aku ade. Berbeza dengan mereka yang berada diluar sana, mereka tidak sedikit pun merungut meskipun mereka tidak mempunyai apa yang kita ade. Kita haruslah ingat bahawa
penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya bukanlah disebabkan Allah S.W.T. sayang kepadanya tetapi, kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan orang tersebut.
Firman Allah dalam al-ankabut:2
“ adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji?”
Allah S.W.T. akan menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kesedaran insan tersebut yang mana. jika dia seorang hamba Allah yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dia akan sentiasa sedar akan kelemahan dirinya dan akan bersyukur dengan kurniaan tersebut dan berubah untuk menjadi insan yang terbaik, tetapi jika berlaku yang sebaliknya maka dia telah menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T. yang Maha Penyayang.
P/S : 2nd RICHEST man in the world said that
"The HAPPIES people DO NOT necessarily have the BEST THING,
They simply APPRECIATE things they have"
0 comments:
Post a Comment