• Pengembaraan Bermula


    Aku Islam kerana Famili

    Aku Islam kerana Tradisi

    Mengapa tidak aku Islam

    Kerana Mencari?

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..

  • Spiritual Traveller

    Aku impikan gembira,
    Yang tiada akhirnya.
    Dan aku tahu,
    Itu hanyalah di syurga.
    Aku mula memandang dunia,
    Dengan pandangan yang berlainan.
    Ibarat formula-formula yang terapung,
    Menanti untuk diselesaikan.

  • Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan

    Gembira, sedih, Suka, duka.
    Putaran ini wujud di dunia.
    Aku patut berhenti berfantasi.
    Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
    Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
    Hanya wujud di syurga sana.

Friday, September 30, 2011

Post ong reflection

Selesai sudah posting OnG dan sedikit sebanyak membuka ruang sebenar mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar klinikal. Bukan setakat banyak ilmu pengetahuan yang aku perolehi malah banyak pengalaman yang aku perolehi semasa posting ini. Namun dalam kesibukan mengejar hal dunia, masa ibadahku semakin berkurang. Aku juga seperti saudara-saudaraku yang sering di uji. Dan akhirnya semua ini hampir melumpuhkan pengurusan masa aku buat 2 bulan ini. Pelbagai alasan boleh diberi, tetapi secara terus terang inilah kelemahan aku yang aku sedang bermujahadah memperbaikinya. Sikap istiqamah yang sering tergugat apabila diuji dengan sesuatu yang diluar kebiasaan kerja, tugasan dan rutin sebagai seorang mahasiswa.Kita akan diuji dengan apa yang kita sering tulis dan katakan. Itulah bukti Allah mengigatkan kita semasa kita mengigatkan orang lain. Walaupun kadang kadang kerana itu aku takut untuk menulis, tetapi aku gagahi untuk menempuh proses memperbaiki diri.

Friday, September 9, 2011

Rantauanku di bulan Ramadhan

Dalam bulan ramadhan ini, aku merancang perjalanan . Perjalanan yang bermakna demi mencari ketenangan dalam melakukan ibadah. Walaupun ketenangan itu datang daripada Allah SWT namun kita haruslah berusaha dalam mencarinya. Alhamdulillah ternyata beribadah ditempat lain membuatkan aku lebih tenang dalam melakukan ibadah. 

Saturday, August 27, 2011

Ikhlas dalam beribadah

Hari ini iftar di rumah Prof Harlina bersama sama rakan rakan. Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Alam Damai, ada sedikit pengisian bersama Prof Harlina. Pengisian yang cukup mudah iaitu mengenai "Ikhlas". Mungkin agak bosan bila mendengar tentang tajuk ikhlas ini namun cara pengisian membuatkan aku sedikit tersentuh. Segala pekerjaan yang kita lakukan adalah berlandaskan keikhlasan kerana daripada ikhlas inilah yang memberikan kita motivasi kita secara berterusan. Ikhlas merupakan amalan hati. Ikhlas itu membuatkan kita melakukan suatu perkara kerana Allah, untuk Allah, hanya Allah dan semuanya adalah Allah SWT. Tiada tujuan lain.

Saturday, August 6, 2011

Hargai Ramadhan Kita

Puasa aku dan puasa orang lain adakah sama? Kita sume berpuasa dengan kadar yang sama iaitu bepuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Mungkin daripada masa berpuasa itu sama tetapi yang membezakan mungkin adalah "Pengisian takwa" didalam diri kita. Seperti gambar bateri disebelah, di bulan Ramadhan inilah kita meng"recharge" diri kita. Sangatlah rugi bagi orang yang melayani Ramadhan seperti bulan bulan biasa. Mereka hanya menganggap yang membezakan dengan bulan yang lain hanyalah perlu berlapar dahaga di siang harinya sahaja. Ada juga menggangap bulan Ramadhan ini adalah special kerana selepas itu ada Hari Raya dimana mereka menikmati sepuas puasnya makan selepas berpuasa. Ingatlah bahwa orang seperti ini adalah tergolong dalam golongan yang rugi kerana Ramadhan itu adalah suatu nikmat Ilahi yang terlalu tinggi nilainya.

Saturday, July 30, 2011

Teguhnya Yusuf

Mungkin dalam bulan nie aku banyak menceritakan mengenai "pemuda islam". Tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemuda, bagaimana berfikir sebagai pemuda, dan bagaimana mana melaksanakannya. Di masa muda inilah  terdapat banyak perkara perlu dihadapi dan tanpa ilmu dan iman yang cukup mungkin kita terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Mungkin Tafsiran Surah Yusuf ini dapat dijadikan pedoman buat kita seterusnya menjadi sumber inspirasi buat kita dalam melalui liku liku kehidupan ini sebagai seorang pemuda.

Saturday, July 16, 2011

Ayuh Pemuda!

Nak kate aku nie aktif, x de la sangat. Nak kate aku nie pasif, boleh la gak. Aku sebagai seorang mahasiswa sememangnya perlu menuntut ilmu hingga berjaya seperti apa yang diimpikan. Hampir seluruh mahasiswa adalah tergolong daripada golongan muda. Dan apakah sebagai seorang mahasiswa kita perlu menggunakan 100% untuk belajar. Kalau ditanya diri balik, semestinya tidak, kerana ada masanya kita bersosial dan ada masanya kita beriadah dan ada masanya kita lakukan aktiviti2 lain. Ini kerana kita sebagai mahasiswa ataupun pemuda bukanlah robot yang menunggu exam sahaj atau patung yang hanya menghadap komputer menulis case report. Kita sebagai pemuda mempunyai cita cita dan wawasan yang tersndiri dalam menjalani kehidupan seharian kita.