Takwa merupakan penjaga kepada akhlak dan tingkahlaku seseorang. Ia memberikan kita kekuatan untuk mengharungi kehidupan kita yang penuh dengan liku.Dengan takwa inilah dapat mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Justeru itu, takwa ini adalah bekalan yang perlu kita isi supaya kita dapat menghadapi sebelas bulan yang akan mendatang. Lihatlah bagaimana Allah SWT mengiktiraf taqwa sebagai sebaik-baik bekalan, pencegah dari melakukan sesuatu yang Allah larang.
Ketakwaan ini dapat dicapai kerana puasa dapat menyucikan badan dan mempersempit jalan syaitan, sesuai dengan hadis yang terdapat dalam kitab sahih bukhari dan shahih muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk bernikah, maka hendaklah ia menikah. Dan barangsiapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana baginya puasa itu merupakan penekan(nafsu Syahwat)."
Jadilah Ramadhan sebagai pemberi kekuatan kepada kehidupan insan, bagi yang memerhatikan. Ini kerana bulan ini merupakan waktu dimana kita beristirehat yaini masa untuk kita mengumpulkan bekalan (takwa) Ternyata ramadhan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia yang mengharapkan keampunan, keredaan dan seterusnya yang ingin hidup berjuang kerana Allah SWT. Sama samalah kita muhasabah diri kembali kerana Ramadhan ini bukanlah bulan yang sia-sia diciptakanNya.
.
0 comments:
Post a Comment