Surah Shaad ayat 71-72
"(Ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam - dari tanah. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. "
Surah As-Syafaat ayat 11
"Maka tanyakanlah kepada mereka: "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya atau apa yang telah Kami (Allah) ciptakan itu?" Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan mereka daripada tanah liat"
Pemeriksaan terhadap tubuh manusia pada hari ini menunjukkan bahawa kebanyakan element yang ada di dalam bumi boleh di jumpa di dalam tubuh manusia. Tisu badan manusia mengandungi 95% karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, fosforus dan sulfur, dengan jumlah 26 elemen yang berbeza.
Surah Al-Mukminun ayat 12
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah"
Jadual di bawah ini menunjukkan kadar elemen yang ada di di dalam 70-kilo manusia.
Seperti yang kita tahu, air merupakan element utama dari penciptaan manusia dan makhluk lain. Allah (SWT) berfirman:
Surah An- Nur ayat 45
"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Surah Al-Anbiya' ayat 30
"....... Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
Ketika kita melihat ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan manusia dan makhluk hidup, jelas sekali menunjukkan bahawa "keajaiban" itu berlaku. Salah satu "keajaiban" tersebut adalah penciptaan makhluk dari air. Penemuan maklumat ini jelas di dalam ayat Al Quran walaupun beratus-ratus tahun lebih awal dengan penemuan mikroskop.
Rujukan : Dr. Sharif Kaf Al Ghazal
P/S : Hayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan muamalat kita seharian
0 comments:
Post a Comment