“People live their lives bound by what they see as 'right' and 'true'. That's what they call 'reality'. However 'right' and 'true' are nothing but vague term. Their reality could turn out to be an illusion. Everyone is living by their own assumptions.” (Uchiha Itachi, Naruto Shippuuden)
|
Uchiha Itachi |
Kata kata ini di tujukan khas kepada uchiha sasuke dalam episode 140 naruto shippuden. Memang mendalam maksud uchiha itachi. Tapi malangnya sasuke tak dapat tangkap apa yang itachi nak terangkan. Bukan sebab sasuke nie lembab tapi sebenarnya dia tidak tahu perkara yang sebenarnya berlaku. Tapi sasuke dapat tahu juga perkara yang sebenar setelah tobi memberitahu sasuke. Bagi “hantu2” anime cam aku yang tengok naruto dari episode 1 ,scene nie membuatkan aku terharu giler kerana aku dapat rase perasaan sasuke macammane bila dia dapat tahu perkara sebenar.
Kat sini bukan nak cerita pasal anime cume nak berkongsi sedikit tentang apa yang terlintas dihati. Ape yang dapat disimpul tentang quote diatas, ramai yang lihat sesuatu perkara itu dari pandangan mata kasar sahaja , tidak mahu menteliti ataupun mengambil point view yang lain bagi memahami secara lebih terperinci lagi. Akibatnya, banyak fitnah yang berlaku berdasarkan kesimpulan yang tidak betul . Jadi, kita perlulah mengambil point view yang berbeza bagi melihat sesuatu perkara supaya fitnah2 dapat kita hindari.
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sebelum nie, surat khabar dan tv saje menjadi sumber berita bagi aku. Tapi selepas aku didedahkan dengan teknologi internet baru aku tahu banyak lagi benda yang aku perlu tahu tetapi aku tidak tahu. Adakah Media massa kita ini dikawal oleh pihak pihak tertentu bagi keuntungan diri sendiri? Mungkin disebabkan ini lah berlaku nya berat sebelah dalam penyebaran berita dan seterusnya menimbulkan fitnah fitnah yang memecah belahkan negara kita.
P/S – “DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER”
0 comments:
Post a Comment