Post kali ini hendak memahami makna kehendak. Yakni berkehendak kepada akhirat atau berkehendak kepada dunia, berkehendak kepada Allah atau berkehendak kepada diri dan nafsu. Bahawasanya sesiapa yang ingin menuju kepada Allah, sangat memerlukan kepada langkah pertama ini iaitu "pendorong". Pendorong yang membangkitkan kesungguhan dalam hati orang mu'min untuk menuju kepada Allah. Apakah faktor yang menjadikan orang yang taat ini mentaati dan yang lain pula malas kelalaian? Apakah yang mendorong manusia bangun dari kenikmatan tidur ketika mendengar laungan azan "solat itu lebih baik dari tidur"? Lantas dia menyahut seruan azan dan meninggalkan kenikmatan tidurnya. Apakah yang mendorong dia untuk melakukan perkara sedemikian?-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Friday, January 13, 2012
Dorongan
Post kali ini hendak memahami makna kehendak. Yakni berkehendak kepada akhirat atau berkehendak kepada dunia, berkehendak kepada Allah atau berkehendak kepada diri dan nafsu. Bahawasanya sesiapa yang ingin menuju kepada Allah, sangat memerlukan kepada langkah pertama ini iaitu "pendorong". Pendorong yang membangkitkan kesungguhan dalam hati orang mu'min untuk menuju kepada Allah. Apakah faktor yang menjadikan orang yang taat ini mentaati dan yang lain pula malas kelalaian? Apakah yang mendorong manusia bangun dari kenikmatan tidur ketika mendengar laungan azan "solat itu lebih baik dari tidur"? Lantas dia menyahut seruan azan dan meninggalkan kenikmatan tidurnya. Apakah yang mendorong dia untuk melakukan perkara sedemikian?





