Tulisan ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang demi mengajak diri serta pembaca agar muhasabah diri . Sama samalah kita melihat kembali keadaan kita. Mempersoalkan kepada jiwa kita, apakah kita telah bergerak dan berusaha bersungguh sungguh menjadi hambaNya yang sebenar? Ramai yang memberikan alasan bahwa sukar melalui kehidupan sebagai seorang hamba yang sebenar. Namun apakah kita hanya ingin menjadi pemberi alasan, bukannya pemberi jawapan? Maka dengan ini, aku menyeru. Geraklah!-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Friday, October 14, 2011
Mulakan langkah pertama
Tulisan ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang demi mengajak diri serta pembaca agar muhasabah diri . Sama samalah kita melihat kembali keadaan kita. Mempersoalkan kepada jiwa kita, apakah kita telah bergerak dan berusaha bersungguh sungguh menjadi hambaNya yang sebenar? Ramai yang memberikan alasan bahwa sukar melalui kehidupan sebagai seorang hamba yang sebenar. Namun apakah kita hanya ingin menjadi pemberi alasan, bukannya pemberi jawapan? Maka dengan ini, aku menyeru. Geraklah!





