-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Tuesday, June 28, 2011
Mencari ketenangan
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita. Hanya hanya satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat hidupnya. Apakah nilai dunia disisi kita? Sedarlah, kita ini tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki.
Muslim meriwayatkan daripada Mustaurid bin Syaddad r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Perbandingan antara dunia dan akhirat tidak lain hanyalah seperti seseorang daripada kamu yang mencelupkan jarinya ke dalam laut. Cubalah dia melihat seberapa banyak air yang masih ada di jarinya saat dia mengeluarkannya dari laut." (Riwayat Muslim : no 2858)
"Apa yang dari sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami (benar-benar) akan memberi balasan kepada orang orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan " (al-Nahl : 96)
Apabile duduk bersendirian, berfikir mengenai nasib diri sendiri, terlintas pula difikiran aku tentang mereka yg kini hidup dengan penuh keseronokan dan kegembiraan. Tidak timbul rasa iri hati terhadap mereka ini, cume hanya memikirkan apakah erti sebenar "bahagia" dan "tenang" ini?. Ramai yang mengaitkan ketenangan dan kebahagiaan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segalanya. Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju "tenang" dan "bahagia" ini penting bagi setiap insan.
"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," (Surah Al Fath: Ayat 4)
Maksudnya adalah ketenangan di hati orang orang yang beriman, ialah mereka taat dan tunduk kepada perintah Allah SWT dan RasulNya. Ketika hati mereka menjadi tenang kerana ketundukan dan kepatuhan tersebut, maka keimanan mereka pun semakin bertambah, di samping keimanan mereka yang telah ada.
Seorang yang genius sekalipun, tanpa mempunyai jiwa yang tenang, dia tidak dapat menggunakan otaknya dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap. Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.
" Orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati jadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).
Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan. Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman. Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.
Pengalaman telah mematangkan kita. Siapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat. Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat sangatlah luas
.
0 comments:
Post a Comment