Setiap hari aku dapat rasakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa ini semakin hari aku semakin ramai orang yang perlu aku bergaul samada daripada pihak doktor, pesakit, organisasi mahupun rakan rakan dalam bidang yang sama. Adakah disebabkan pergaulan yang semakin meluas ini menjadikan aku seorang yang lebih professional? Professional disini maksudnya ialah tidak mencampurkan usrusan pribadi dan hal kerja. Aku sedar yang kita nie akan bergaul dengan ramai orang dan pergaulan2 seperti ini sememangnya akan terjadi pertembungan diantara lelaki dan perempuan. Apa yang nak ditekankan di sini adalah tentang "Ikhtilat". Ikhtilat ialah satu bentuk pergaulan bebas melibatkan lelaki dan perempuan ajnabi,ia boleh berlaku samada di tempat sunyi mahupun di khalayak ramai. Sebagai seorang yang professional, apakah cara ikhtilat yang sebetulnya?-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Friday, February 25, 2011
Aku professional?
Setiap hari aku dapat rasakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa ini semakin hari aku semakin ramai orang yang perlu aku bergaul samada daripada pihak doktor, pesakit, organisasi mahupun rakan rakan dalam bidang yang sama. Adakah disebabkan pergaulan yang semakin meluas ini menjadikan aku seorang yang lebih professional? Professional disini maksudnya ialah tidak mencampurkan usrusan pribadi dan hal kerja. Aku sedar yang kita nie akan bergaul dengan ramai orang dan pergaulan2 seperti ini sememangnya akan terjadi pertembungan diantara lelaki dan perempuan. Apa yang nak ditekankan di sini adalah tentang "Ikhtilat". Ikhtilat ialah satu bentuk pergaulan bebas melibatkan lelaki dan perempuan ajnabi,ia boleh berlaku samada di tempat sunyi mahupun di khalayak ramai. Sebagai seorang yang professional, apakah cara ikhtilat yang sebetulnya?Monday, February 14, 2011
Al-Mu'allim - Nabi Muhammad (Revisit)
Sayang kita kat nabi adakah sama sayang kita terhadap insan2 lain? Ataupun sayang kita terhadap insan lain lebih dari sayang kita kepda nabi. Mungkin kita terlupa bahawa Nabi terlalu sayangkan kita sehingga kan sampai nak wafat pun Nabi masih memanggil "ummati, ummati" . Sedarlah lah kawan, seluruh hayat Nabi Muhammad adalah untuk kita! namun kita sering alpa dengan dunia yang disangkakan "indah" ini sehinggankan kita sering melupakan bagaimana Nabi menghabiskan malam2 nya dengan ibadah dan semuanya ini adalah untuk kita. Masih x tersentuhkah kita dengan cerita sirah2 Nabi? Kalau tidak mungkin kita nie ada masalah hati. Kawan, bacalah sirah nabi dengan teliti supaya kita CINTA kita kat Nabi semakin meningkat. Cuba kita hayati lagu "Al-Mu'allim" ini oleh Sami Yusuf supaya hati kita yang gersang ini tersentuh.Muhammad Bouazizi - Pencetus revolusi
Nama sebenar beliau adalah Tarek el-Tayyib Mohamed Ben Bouazizi atau di panggil sebagai Mohamed Bouazizi. Tapi siapakah sebenar orang ini ? Adakah dia merupakan seorang yang hebat? atau seorang yang berjaya? atau seorang pemimpin? Dia adalah seorang penjual jalanan Tunisia yang menjual sayur . Bagaimana seorang penjual sayur boleh mencetuskan " revolusi " ? Revolusi seperti yang kita tahu ia merupakan satu perkataan yang "besar" kerana ia melibatkkan perubahan yang ketara oleh masyarakat sekeliling malah seluruh dunia. Pemuda ini telah menbawa kejayaan demostrasi di Tunisia dan mencetuskan protes di beberapa negara Arab yang lain seperti di Algeria, Mesir, Jordan, Libya, dan Yaman.Dan kejayaan yang paling ketara ialah pada tarikh 11 Februari 2011 iaitu ketika Hosni Mubarak mengundurkan diri, menamatkan pemerintahannya 30 tahun sebagai presiden Mesir .





