-
Pengembaraan Bermula
Aku Islam kerana Famili
Aku Islam kerana Tradisi
Mengapa tidak aku Islam
Kerana Mencari? -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Pernahkah kita terfikir kita sebenarnya hanya seorang islam yang memeluk islam sebab keturunan? Kita hanya beragamakan Islam tanpa pernah mencari sebenar-benarnya tuhan kita.. Hasilnya, kita tidak memahami erti sebenar ketuhanan dan tujuan hidup.. Blog ini adalah sebuah jurnal cacatan pengembaraan seorang manusia dalam mencari tuhan..
-
Spiritual Traveller
Aku impikan gembira,
Yang tiada akhirnya.
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.
Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan.
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan. -
Sebuah Pengembaraan Mencari Tuhan
Gembira, sedih, Suka, duka.
Putaran ini wujud di dunia.
Aku patut berhenti berfantasi.
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini.
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya.
Hanya wujud di syurga sana.
Wednesday, March 30, 2011
Ayuh Pemuda Islam!!
Friday, March 25, 2011
25 pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...
1. Hai anakku ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam. layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah.
3. Hai anakku, bilamana engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
Saturday, March 5, 2011
Pemimpin berperibadi Zuhud
Soal pemimpin ini adalah satu benda yang penting dalam hidup bermasyarakat ini. Tanpa pemimpin segala aturan akan jadi tidak sistematik. Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang pemimpin yang aku kagum kerana walaupun hanya memerintah selama 2 tahun tetapi dapat memberikan sumbangan yang besar tehadap negaranya. Sehinggakan hari ini pun dia masih diingati oleh mayarakat umat islam. Peribadinya yang yang paling menonjol adalah kezuhudan beliau dalam mentadbir sebuah negara. Walaupun dunia ini di bawah tapak kaki beliau tapi tetap mengejar apa yang di syariatkan kepada dia. Berbeza dengan pemimpin masa kini, bukan mengejar dunia sahaja malah mereka memperlekehkan orang orang yang memperjuangkan hukum Tuhan. Adakah orang2 seperti ini layak jadi seorang pemimpin.





